Jumaat, 24 Jun 2016

STPM, Form 6 dan 2015/2016


Assalamualaikum . segala puji bagi Allah dan rasulullah S.A.W.
ya. saya ambil STPM seperti tajuk besar tu.
jadi, saya ingin berkongsi serba sedikit ceritera di form 6.

ni peta Pengkalan Hulu. saja bubuh *

faktor saya terjebak dalam program tingkatan enam ni adalah :

first.   dorongan mak ayah , ayah tu especially. welll, no one can beat family support.


second  , dari segi persaingan. kebanyakan cikgu saya waktu di MRSM dulu mmg tak galakkan students utk masuk matrik. especially cg homeroom saya sendiri sebab dia bekas pensyarah matrik. sebab mereka kata selalunya budak melayu mmg tak boleh nak beat student chineese di sana. A few of my seniors and friends had prove that. tapi saya tak nafikan yg ada ja kawan saya yg dapat 4.00 di matrik tapi semuanya adalah pelajar jurusan akaun dan belum jumpa lagi yg sains.

* kalau ada pendapat , sila kongsi di ruangan komen.
                                                    





Tujuan saya nak menulis ttg form 6 ni supaya dapat la bantu kalau ada orang yg nak tahu ttg life form 6. sebab saya dulu nak cari ttg maklumat  kehidupan harian kat form 6 tapi tak jumpa sangat la.


saya ambil bahagian kemanusiaan  dengan 5 subjek iaitu Sejarah, Syariah B. Melayu, P.Perniagaan, Pengajian Am.
Jadi kalau ada yg nak ambil subjek yg sama maka  saya nasihatkan mmg kena pupuklah sifat rajin tu.
sebab semua tu tak lah susah sangat tapi susah jugakla, * macam mana tu*
tak terlampau susah.
tidaklah  seperti yg digembar gemburkan bahawa STPM adalah subjek tersusah di Asia Tenggara.



form 6 sekarang  exam setiap kali sem bukan hanya hujung tahun macam yg lama tu
sekarang ni STPM ada 3 sem.
sem yg pertama agak mencabar dari segi silibus , sebab waktu ni tak ada kerja kursus/ assignment jadi banyak sikit bab yg kena belajar.
bagi pendapat peribadi saya subjek paling hardcore waktu sem 1 adalah sejarah dan B.melayu
tu yg dapat B tu.  

Bagi sem 2, mmg sangat sangat sibuk sebab ada 3 kerja kursus. selalunya pelajar yg lambat buat kerja kursus mmg  akhirnya akan hilang masa nak study. sebab masa nak siapkan assignment dan nak study hanya 4 bulan je.  sila bagi siapkan kerja kursus seawal yg mungkin supaya blh study dgn tenang.
sebab kebanyakan kawan saya termasuk saya mmg tak ada masa yg banyak nak study waktu tu.


Gambar ni waktu kami interview Hakim di Mahkamah Syariah Gerik untuk kerja kursus Syariah untuk sem 2
Tajuk : Tuntutan Harta Sepencarian menurut perespektif Islam


bagi sem 3, selalunya pelajar dah boleh handle kerja kursus dgn baik sbb dah practice waktu sem 2. Dan tempoh masa untuk study lbh panjang. tak boleh nak komen panjang ttg sem 3 sebab saya masih lagi belum habiskah sem ni :p. Tolong doakan saya.


Kesimpulanya, ingin saya nyatakan juga di sini yg life saya ketika saya ambil STPM agak tenang dan rileks berbanding SPM dahulu.  mungkin sistem STPM yg berlainan membuatkan STPMM tu lebih mudah sikit berbanding yg dulu.
harap membantu.






Terima kasih.
Assalamualaikum