Jumaat, 24 Jun 2016

STPM, Form 6 dan 2015/2016


Assalamualaikum . segala puji bagi Allah dan rasulullah S.A.W.
ya. saya ambil STPM seperti tajuk besar tu.
jadi, saya ingin berkongsi serba sedikit ceritera di form 6.

ni peta Pengkalan Hulu. saja bubuh *

faktor saya terjebak dalam program tingkatan enam ni adalah :

first.   dorongan mak ayah , ayah tu especially. welll, no one can beat family support.


second  , dari segi persaingan. kebanyakan cikgu saya waktu di MRSM dulu mmg tak galakkan students utk masuk matrik. especially cg homeroom saya sendiri sebab dia bekas pensyarah matrik. sebab mereka kata selalunya budak melayu mmg tak boleh nak beat student chineese di sana. A few of my seniors and friends had prove that. tapi saya tak nafikan yg ada ja kawan saya yg dapat 4.00 di matrik tapi semuanya adalah pelajar jurusan akaun dan belum jumpa lagi yg sains.

* kalau ada pendapat , sila kongsi di ruangan komen.
                                                    





Tujuan saya nak menulis ttg form 6 ni supaya dapat la bantu kalau ada orang yg nak tahu ttg life form 6. sebab saya dulu nak cari ttg maklumat  kehidupan harian kat form 6 tapi tak jumpa sangat la.


saya ambil bahagian kemanusiaan  dengan 5 subjek iaitu Sejarah, Syariah B. Melayu, P.Perniagaan, Pengajian Am.
Jadi kalau ada yg nak ambil subjek yg sama maka  saya nasihatkan mmg kena pupuklah sifat rajin tu.
sebab semua tu tak lah susah sangat tapi susah jugakla, * macam mana tu*
tak terlampau susah.
tidaklah  seperti yg digembar gemburkan bahawa STPM adalah subjek tersusah di Asia Tenggara.



form 6 sekarang  exam setiap kali sem bukan hanya hujung tahun macam yg lama tu
sekarang ni STPM ada 3 sem.
sem yg pertama agak mencabar dari segi silibus , sebab waktu ni tak ada kerja kursus/ assignment jadi banyak sikit bab yg kena belajar.
bagi pendapat peribadi saya subjek paling hardcore waktu sem 1 adalah sejarah dan B.melayu
tu yg dapat B tu.  

Bagi sem 2, mmg sangat sangat sibuk sebab ada 3 kerja kursus. selalunya pelajar yg lambat buat kerja kursus mmg  akhirnya akan hilang masa nak study. sebab masa nak siapkan assignment dan nak study hanya 4 bulan je.  sila bagi siapkan kerja kursus seawal yg mungkin supaya blh study dgn tenang.
sebab kebanyakan kawan saya termasuk saya mmg tak ada masa yg banyak nak study waktu tu.


Gambar ni waktu kami interview Hakim di Mahkamah Syariah Gerik untuk kerja kursus Syariah untuk sem 2
Tajuk : Tuntutan Harta Sepencarian menurut perespektif Islam


bagi sem 3, selalunya pelajar dah boleh handle kerja kursus dgn baik sbb dah practice waktu sem 2. Dan tempoh masa untuk study lbh panjang. tak boleh nak komen panjang ttg sem 3 sebab saya masih lagi belum habiskah sem ni :p. Tolong doakan saya.


Kesimpulanya, ingin saya nyatakan juga di sini yg life saya ketika saya ambil STPM agak tenang dan rileks berbanding SPM dahulu.  mungkin sistem STPM yg berlainan membuatkan STPMM tu lebih mudah sikit berbanding yg dulu.
harap membantu.






Terima kasih.
Assalamualaikum

Khamis, 20 Mac 2014

The new Yasmin Nadhirah Mohamad

 Turning Point.
cikgu addmath saya dulu pernah kata, dalam hidup ini
kita mesti ada turning point iaitu titik perubahan.
dan  this is my turning point.
Kalau nak cerita memang kalah Hikayat Merong Mahawangsa tu
jadi bak kata omputih," A pictures tell a thousand word."
*Amboi
Kata yuna Zarai pula, "setaip gambar ada lagunya"
*wah
 Saya rasa bersyukur kerana Allah menghadiahkan saya orang orang yang baik 
di sisi *T.T huhu
MEreka yang ada setiap kali saya semput, tersasar, khilaf dalam hijrah ini.
terasa dirimu begitu berharga *cwahh

 ini sebenarnya gambar majlis tahlil sebenarnya.

Kadang mungkin rasa terlalu awal,
tapi mati tak boleh tangguh, 
itulah motivasi terbaik.



 Saya ingin menjadi hamba pada pencipta saya, Allah.
bukan pada fesyen , 
bukan pada dunia
bukan pada manusia,
I am the captain of my soul.


 Tudung Labuh bukan bermaksud cuba tunjuk baik, tapi mencuba jadi
muslimah yang terbaik. kerana kita tidak tahu apa nilai solehah
pada Allah
kenapa baru sekarang?
kerana Rasulullah berkata jika ada benih di tangan dan esok kiamat,
tanamlah benih tesebut.
yang bermaksud rasulullah menagajar kita bahawa 
jangan pernah rasa terlewat, 
apatah lagi taubat kerana ia bukan di
penghijung jalan,
tapi di sepanjang jalan
Assalamualaikum 

Jumaat, 13 Disember 2013

best

Assalamualaikum.
dah lama tak bukak.

Kem cinta Rasul.

Aku pergi kem ni pada 8/12/13. dan balik pada 12/12/13.
rasa sekejap sangat, patutnya tambah lagi.
yeah. 
hari pendaftaran dia aje ,aku dah buat benda pelik.
orang lain pakai jubah/baju kurung.
den  dengan sahabat den syahirah zaini tu,
pakai T-shirt dengan seluar.
nampak tak.
Tapi kem dia sangat best dan memberi input yang sangat berguna.
banyak tentang Rasulullah S.A.W yang aku belajar 
sampai menitis air mata awok ni.
harap aku dapat istiqamah amalkan.
di situ juga ada adik2 tyang sangat ceria, meriah lagi maha riuh.
seronok layan diorang, harap tak putus hubungan.
Naqib dan Naqibah yang sangat sporting baik dan cantik.
so as conclusion, program ni sangat bagus.

p/s- lupa nak cakap, suasana dia pung sangat tenang dan 
tak sangka eden boleh hidup tanpa cermin 5 hari yo.

                                                                                                                  yang Benar.


Khamis, 21 Mac 2013

Besta



Assalamualaikum.
once upon a time,
there was a girl named yasmin .
she has a beutiful white besta and she love it very much.
but now it lost.
she was very frustrated and keep praying everyday
to ALLAH for her Besta

actually this is not her first time.
she had lost it for twice.
2 different Besta.
she was so afraid to tell her parents
about this.
she really really need her besta now as she
had a LOT of homeworks
and mission to do.
so,
let us pray for me her.

sahabat sampai syurga


Dalam hidup ni, aku dah jumpa dengan bermacam macam kawan dari kawan yg hanya
ada waktu senang dah kawan pada waktu senang dan susah. aku bersyukur sangat 
pada ALLLAH sebab hidup aku tak pernah kering dari sahabat.


 sahabat sampai syurga
ayat tu satu benda yg common dan dah berlambak manusia dok berjanji setia
macam tu.
tapi ayat tu telah beri aku satu amanah,
amanah yang tak mampu aku pikul.
sebab bila sang sahabat dah tersasar jauh,
aku dah tak berdaya nak tarik dia semula demi sebuah janji
ke syurga.,
aku betul-betul dah tak mampu bila usaha aku
jadi suatu salah faham dan fitnah.
aku betu-betul dah tak mampu bila aku sedar hakikat yang
kata-kata aku takkan mampu untuk tarik dia.
apa yang aku mampu hanyalah
sebuah doa
yang entah diterima atau tak.



Khamis, 7 Februari 2013

rindu

 aku rindu dioramg !



nanti jangan lupakan aku weyh!
walaupun kita dah tak sesama lagi.

Ahad, 25 November 2012

mereka.


Assalamualaikum...
lama rasanya gua tak jenguk blog gua  *hakhakhak*
jadi awok hari ni nak nunjuk la ke kome budok2 ni.
hmm., otak gue pung dah beku karat sekarang.bye
aku memeng suka mengarut.

                                                               yasmin

Jumaat, 16 Disember 2011

danau toba,perapat, medan hoiohi !


salam..... 
hari tu aku gi cuti-cuti malaysia 
ni la gambarnya.....
ye cik mungek...
mula 2 , sampai kt medan.....
gi makan...



pastu naik bas pegi danau toba dulu...
dan, sampai...
  

seni bina dioang lawa kot.....

Khamis, 18 Ogos 2011

Ramadhan dan rombak kelas

wahhhh.... ramadhan tlh datang dan ni kali ke-2, aq puasa kt asrama..



hah.... gamba ni time aq kt p. perhentian, time nak balik




agak banyak berita yg dicerito ni hah nampaknya klas aq da nak rombak, sedih gila gila


aq sayang klas aq, 2 FUDAIL,mmg gempak sentiasa,



pastu ada pertandingan hias kls plak.




nak hias cam rugi lak..



sebab lpas raya dah nak rombak



ni la dax2 klas aq yg aq akan rindu sampai bebila



pergh!!


































sayang korang!





Jumaat, 27 Mei 2011

cerita @ sejarah puteri diana














ni serba sedikit cerita tentang puteri diana...
Permaisuri Charles, Putera Wales (1981–1996)

Anakanda
Putera William dari Wales
Putera Harry dari Wales

Nama penuh
Diana Frances Spencer
Gelaran
Diana, Princess of Wales
HRH The Princess of Wales
Lady Diana Spencer
The Hon Diana Spencer
Wangsa House of Windsor

Ayahanda Edward, Earl Spencer

Bonda Frances, Viscountess Althorp

Born 1 Julai 1961
Park House, Sandringham England

Dibaptis St. Mary Magdalene Church, Sandringham

Meninggal
dunia 31 Ogos 1997 (umur 36)
Paris, France

Dikebumikan Althorp, Northamptonshire, England

Aku sukakan kisah Puteri Diana, sebab dia sangat cantik,menawan dan semua yang ada pada dirinya cukup sebagai seorang wanita yang disanjungi.Semasa hayatnya apa saja gaya dan fesyen ramai wanita diseluruh dunia pasti akan mengikuti perkembangannya termasuk fesyen rambutnya dan pakaiannya.
Beliau dibaptiskan di Gereja St. Mary Magdalene di Sandringham, oleh Percy Herbert (rektor gereja dan bekas biskop Norwich dan Blackburn); ibu bapa pembaptisannya ialah John Floyd dan Mary Colman (seorang anak saudara Elizabeth, Ibu Ratu).
Diana mempunyai latarbelakang keluarga diraja dan bangsawan. Di sebelah ibunya, Diana mempunyai darah orang Amerika. Moyang Diana merupakan seorang wanita dari keluarga berada dari Amerika, Frances Works. Di sebelah bapanya, Diana merupakan keturunan langsung Raja Charles II melalui dua anak lelaki yang luar nikah dan menerusi Raja James II melalui seorang anak perempuannya yang luar nikah. Menurut penyusun biografi Diana, Lady Colin Campbell, moyang kepada moyang Diana, Eliza Kewark (beberapa sumber mengeja nama Kewark sebagai "Kevork" atau "Kevorkian") berasal dari Bombay, India dan kemungkinan keturunan orang India, walaupun keluarga Diana sering mengatakan yang keluarga "Kevork/Kewark" adalah dari Armenia.
Setelah perceraian ibu bapanya, Diana telah dijaga oleh bapanya. Dengan kematiannya datuk di sebelah bapa, Albert Spencer pada 1975, bapa Diana menjadi Earl Spencer ke-8 dan Diana diberi gelaran Lady Diana Spencer dan berpindah dari rumah kanak-kanaknya di Park House ke rumah keluarga besar mereka di Althorp. Setahun kemudian, bapanya berkahwin dengan Raine, Countess Dartmouth, anak perempuan kepada novelis romantik, Barbara Cartland.



Saat bahagia bersama Putera Charles semasa majlis perkahwinan Diana


Diana menerima pendidikannya di Riddlesworth Hall di Norfolk dan di West Heath Girls' School, di Sevenoaks, Kent, di mana beliau dianggap sebagai seorang pelajar berprestasi rendah. Diana juga telah gagal dalam peperiksaan O-levelnya. Pada 1977, semasa berusia 16 tahun, Diana meninggalkan sekolah West Heath untuk menuntut di Institut Alpin Videmanette di Switzerland, sebuah sekolah yang menitikberatkan pendidikan budaya dan menyediakan pelajar-pelajarnya untuk aktiviti-aktiviti sosial.

Di situ juga, Diana telah berkenalan dengan bakal suaminya Putera Charles yang pada masa itu sedang keluar dengan kakaknya, Lady Sarah. Mereka berkahwin pada tahun 1981 dalam suasana gilang gemilang, di St.Paul Cathederal London dan disaksikan oleh berjuta-juta rakyat dunia melalui siaran langsung dan media.Rata-rata menganggap perkahwinan itu bersejarah kepada takhta Britain.Kecantikan Diana dengan kematangan Charles dianggap pasangan yang unggul yang sukar ditandingi.Perkahwinan itu menjadi tambah berseri bila mana tahun 1982,Diana melahirkan anak pertama,Putera William dan pada tahun 1984 seorang lagi putera bernama Harry.



Puteri Diana bersama kekasih gelapnya Dodi al-Fayed


Tapi sayang sekali keretakan rumah tangga mereka pada 1990, Diana dan Charles dikatakan tidak sehaluan.Bila penceraian rasmi Diana dengan Putera Charles berlaku pada 28 ogos 1996,kekecewaan mengenai hubungan seks suaminya dengan kekasih lama,Camilla Parker Bowles.Pengakuan Charles tentang skandalnya menyebabkan Diana hilang arah hidup dan cuba membunuh diri.Tetapi dia bertindak liar dengan mengadakan hubungan kelamin dengan berbagai-bagai jenis lelaki termasuklah anak jutawan bernama Dodi al_Fayed.




Keranda Diana diarak di London


Diana terbunuh dalam kemalangan di dalam terowong Sungai Seine bersama-sama kekasihnya Dodi al-Fayed ketika cuba melarikan diri dari kumpulan jurugambar "paparazzi" yang mengekori mereka ketika bercuti di Paris.Maut dua kekasih bersama dengan pemandu mereka apabila kereta Mercedes 600 terbabas lalu melanggar pembahagi jalan yang menyebabkan keretanya remuk,meletup,Dodi dan pemandu kereta mati serta merta.Diana masih bernafas tetapi usaha untuk menyelamatkannya tidak berhasil bila sekumpulan doktor Perancis bertindak kira-kira 10 jam untuk memulihkan perjalanan darah pada tubuh dan jantungnya yang remuk dan parah.

Akhirnya pada pukul 4.00 pagi (waktu Perancis) Diana disahkan mati. Kematiannya dirasai oleh ramai penduduk dunia kerana selain kecantikannya Puteri Britain yang disaksikan seluruh umat manusia,dia juga adalah bekas isteri kepada anak Raja Britain,Putera Charles.Semasa hidupnya dia seorang yang prihatin terhadap penghidap AIDS,barah(kanser),hak asasi kanak-kanak dan giat memperjuangkan kempen antipenggunaan periuk api.Kerana peka terhadap perkara-perkara ini Diana membuat lawatan rasmi ke Bosnia,Angola,Pakistan,India.Dia akan disambut penuh hormat.Diana bukan sahaja mempamerkan kecantikannya tetapi jauh dari itu mengambil berat dengan masalah dunia yang semakin kalut.

Diana dikebumikan di Pusara Althorp,Northamptonshire.England dalam usia 36 tahun.Kini Lagenda Diana tidak akan hilang ditelan zaman dan tetap akan menjadi sejarah..

Isnin, 14 Mac 2011

domo-kun ;)







saya yasmin nadhirah mohamad mengakui amatlah mengagumi kecomelan domo setelah diperkenalkan oleh mungek(terutamanya) serta atiqah khalid. domo mmg comel KAN!KAN!KAN!, kalo nak gambar lagi.....carila sendiri muahahaha. tapi papep0n, d0m0 mmg comel..




STPM, Form 6 dan 2015/2016

Assalamualaikum . segala puji bagi Allah dan rasulullah S.A.W. ya. saya ambil STPM seperti tajuk besar tu. jadi, saya ingin berkongsi...