Jumaat, 16 Disember 2011

danau toba,perapat, medan hoiohi !


salam..... 
hari tu aku gi cuti-cuti malaysia 
ni la gambarnya.....
ye cik mungek...
mula 2 , sampai kt medan.....
gi makan...



pastu naik bas pegi danau toba dulu...
dan, sampai...
  

seni bina dioang lawa kot.....

Khamis, 18 Ogos 2011

Ramadhan dan rombak kelas

wahhhh.... ramadhan tlh datang dan ni kali ke-2, aq puasa kt asrama..



hah.... gamba ni time aq kt p. perhentian, time nak balik




agak banyak berita yg dicerito ni hah nampaknya klas aq da nak rombak, sedih gila gila


aq sayang klas aq, 2 FUDAIL,mmg gempak sentiasa,



pastu ada pertandingan hias kls plak.




nak hias cam rugi lak..



sebab lpas raya dah nak rombak



ni la dax2 klas aq yg aq akan rindu sampai bebila



pergh!!


































sayang korang!





Jumaat, 27 Mei 2011

cerita @ sejarah puteri diana














ni serba sedikit cerita tentang puteri diana...
Permaisuri Charles, Putera Wales (1981–1996)

Anakanda
Putera William dari Wales
Putera Harry dari Wales

Nama penuh
Diana Frances Spencer
Gelaran
Diana, Princess of Wales
HRH The Princess of Wales
Lady Diana Spencer
The Hon Diana Spencer
Wangsa House of Windsor

Ayahanda Edward, Earl Spencer

Bonda Frances, Viscountess Althorp

Born 1 Julai 1961
Park House, Sandringham England

Dibaptis St. Mary Magdalene Church, Sandringham

Meninggal
dunia 31 Ogos 1997 (umur 36)
Paris, France

Dikebumikan Althorp, Northamptonshire, England

Aku sukakan kisah Puteri Diana, sebab dia sangat cantik,menawan dan semua yang ada pada dirinya cukup sebagai seorang wanita yang disanjungi.Semasa hayatnya apa saja gaya dan fesyen ramai wanita diseluruh dunia pasti akan mengikuti perkembangannya termasuk fesyen rambutnya dan pakaiannya.
Beliau dibaptiskan di Gereja St. Mary Magdalene di Sandringham, oleh Percy Herbert (rektor gereja dan bekas biskop Norwich dan Blackburn); ibu bapa pembaptisannya ialah John Floyd dan Mary Colman (seorang anak saudara Elizabeth, Ibu Ratu).
Diana mempunyai latarbelakang keluarga diraja dan bangsawan. Di sebelah ibunya, Diana mempunyai darah orang Amerika. Moyang Diana merupakan seorang wanita dari keluarga berada dari Amerika, Frances Works. Di sebelah bapanya, Diana merupakan keturunan langsung Raja Charles II melalui dua anak lelaki yang luar nikah dan menerusi Raja James II melalui seorang anak perempuannya yang luar nikah. Menurut penyusun biografi Diana, Lady Colin Campbell, moyang kepada moyang Diana, Eliza Kewark (beberapa sumber mengeja nama Kewark sebagai "Kevork" atau "Kevorkian") berasal dari Bombay, India dan kemungkinan keturunan orang India, walaupun keluarga Diana sering mengatakan yang keluarga "Kevork/Kewark" adalah dari Armenia.
Setelah perceraian ibu bapanya, Diana telah dijaga oleh bapanya. Dengan kematiannya datuk di sebelah bapa, Albert Spencer pada 1975, bapa Diana menjadi Earl Spencer ke-8 dan Diana diberi gelaran Lady Diana Spencer dan berpindah dari rumah kanak-kanaknya di Park House ke rumah keluarga besar mereka di Althorp. Setahun kemudian, bapanya berkahwin dengan Raine, Countess Dartmouth, anak perempuan kepada novelis romantik, Barbara Cartland.



Saat bahagia bersama Putera Charles semasa majlis perkahwinan Diana


Diana menerima pendidikannya di Riddlesworth Hall di Norfolk dan di West Heath Girls' School, di Sevenoaks, Kent, di mana beliau dianggap sebagai seorang pelajar berprestasi rendah. Diana juga telah gagal dalam peperiksaan O-levelnya. Pada 1977, semasa berusia 16 tahun, Diana meninggalkan sekolah West Heath untuk menuntut di Institut Alpin Videmanette di Switzerland, sebuah sekolah yang menitikberatkan pendidikan budaya dan menyediakan pelajar-pelajarnya untuk aktiviti-aktiviti sosial.

Di situ juga, Diana telah berkenalan dengan bakal suaminya Putera Charles yang pada masa itu sedang keluar dengan kakaknya, Lady Sarah. Mereka berkahwin pada tahun 1981 dalam suasana gilang gemilang, di St.Paul Cathederal London dan disaksikan oleh berjuta-juta rakyat dunia melalui siaran langsung dan media.Rata-rata menganggap perkahwinan itu bersejarah kepada takhta Britain.Kecantikan Diana dengan kematangan Charles dianggap pasangan yang unggul yang sukar ditandingi.Perkahwinan itu menjadi tambah berseri bila mana tahun 1982,Diana melahirkan anak pertama,Putera William dan pada tahun 1984 seorang lagi putera bernama Harry.



Puteri Diana bersama kekasih gelapnya Dodi al-Fayed


Tapi sayang sekali keretakan rumah tangga mereka pada 1990, Diana dan Charles dikatakan tidak sehaluan.Bila penceraian rasmi Diana dengan Putera Charles berlaku pada 28 ogos 1996,kekecewaan mengenai hubungan seks suaminya dengan kekasih lama,Camilla Parker Bowles.Pengakuan Charles tentang skandalnya menyebabkan Diana hilang arah hidup dan cuba membunuh diri.Tetapi dia bertindak liar dengan mengadakan hubungan kelamin dengan berbagai-bagai jenis lelaki termasuklah anak jutawan bernama Dodi al_Fayed.




Keranda Diana diarak di London


Diana terbunuh dalam kemalangan di dalam terowong Sungai Seine bersama-sama kekasihnya Dodi al-Fayed ketika cuba melarikan diri dari kumpulan jurugambar "paparazzi" yang mengekori mereka ketika bercuti di Paris.Maut dua kekasih bersama dengan pemandu mereka apabila kereta Mercedes 600 terbabas lalu melanggar pembahagi jalan yang menyebabkan keretanya remuk,meletup,Dodi dan pemandu kereta mati serta merta.Diana masih bernafas tetapi usaha untuk menyelamatkannya tidak berhasil bila sekumpulan doktor Perancis bertindak kira-kira 10 jam untuk memulihkan perjalanan darah pada tubuh dan jantungnya yang remuk dan parah.

Akhirnya pada pukul 4.00 pagi (waktu Perancis) Diana disahkan mati. Kematiannya dirasai oleh ramai penduduk dunia kerana selain kecantikannya Puteri Britain yang disaksikan seluruh umat manusia,dia juga adalah bekas isteri kepada anak Raja Britain,Putera Charles.Semasa hidupnya dia seorang yang prihatin terhadap penghidap AIDS,barah(kanser),hak asasi kanak-kanak dan giat memperjuangkan kempen antipenggunaan periuk api.Kerana peka terhadap perkara-perkara ini Diana membuat lawatan rasmi ke Bosnia,Angola,Pakistan,India.Dia akan disambut penuh hormat.Diana bukan sahaja mempamerkan kecantikannya tetapi jauh dari itu mengambil berat dengan masalah dunia yang semakin kalut.

Diana dikebumikan di Pusara Althorp,Northamptonshire.England dalam usia 36 tahun.Kini Lagenda Diana tidak akan hilang ditelan zaman dan tetap akan menjadi sejarah..

Isnin, 14 Mac 2011

domo-kun ;)







saya yasmin nadhirah mohamad mengakui amatlah mengagumi kecomelan domo setelah diperkenalkan oleh mungek(terutamanya) serta atiqah khalid. domo mmg comel KAN!KAN!KAN!, kalo nak gambar lagi.....carila sendiri muahahaha. tapi papep0n, d0m0 mmg comel..




Dua Malaikat dunia

Maafkan aku Rabb, terlupa aku yang dihadapan. sibuk fikiran mengejar yang belum digenggam runsing aku, tak sedar tenang hanyalah men...